What I've Done?

Isnin, 14 Mei 2012

Jom 3R

  1. Tahukah anda, apakah itu 3R
     3R merupakan proses dalam konsep Kitar Semula yang melibatkan:


     a. Reduce (kurangkan)
         -bermaksud mengurangkan  penggunaan  sesuatu jenis barangan. 
         -Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti  elektrik, air,
         kertas dan sebagainya


     b. Reuse (guna semula)
         -diamalkan apabila sesuatu barang itu 
          tidak boleh dihapuskan ataupun masih 
          baik keadaannya.
         -Antaranya kita boleh  mengguna semula 
          botol plastik, kotak, tayar lama,
          kain buruk dan sebagainya. 
         -Jika kita mengamalkan konsep  Reuse dalam
          kehidupan seharian, kos
          untuk perbelanjaan harian kita berkurang dan kita  dapat menikmati
          hasilnya


     c. Recycle (kitar semula)

        -melibatkan usaha mengumpul,memproses dan menggunakan semula
         bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
        -Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat
         dimanfaatkan dengan sebaik mungkin

2. Ia merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak sedekad yang lalu 
    kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari sampah-sarap
    akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa had.


33
3. Kitar semula  ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. 
    Pelbagai pihak  menggalakkan  masyarakat supaya mengitar semula
    barangan yang boleh dikitar semula. 
4. Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar  sesuatu jenis
    barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya
    menyakitkan mata kita


Jadi marilah kita menjalankan KITAR SEMULA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan