What I've Done?

Ahad, 13 Mei 2012

KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR

 

1) Perubahan Pandang Darat (Landskap)
- perubahan terhadap komponen fizikal seperti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan jalan raya atau bangunan, ia akan membentuk pandang darat budaya.   
- penerokaan sumber seperti aktiviti perlombongan dan pembalakan pula akan mengubah pandang darat (landskap) di kawasan berkenaan.
-cth: perlombongan bijih timah tinggalkan lubang-lubang bekas lombong yang dalam dan sukar ditimbus.
-cth: penebangan hutan menyebabkan kawasan hutan menjadi gondol dan gersang.
-cth: pembinaan empangan spt Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai dan Empangan Bakun bagi penjanaan kuasa hidroelektrik menyebabkan kawasan hutan berubah menjadi tasik yang luas.



2) Kepupusan  Sumber
- penerokaan sumber tanpa sebarang pengurusan yang cekap menyebabkan sumber berkenaan pupus, terutamanya sumber-sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.
- cth: sumber mineral dan gas asli : deposit petroleum dan gas asli negara Malaysia dijangka akan habis dalam jangkamasa 18 tahun dari sekarang.  
- spesies flora dan fauna diancam kepupusan.
- habitat haiwan turut musnah.

3) Peningkatan Suhu
- pemanasan global. 
- penerokaan sumber hutan sebabkan permukaan bumi kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan bumi menerima pencaran matahari secara terus / langsung.
- proses sejatpeluhan tumbuh-tumbuhan berkurangan.
- kelembapan udara menurun dan udara menjadi kering (dry air).
- imbangan gas turut terganggu - peningkatan kadar gas rumah hijau terutamanya Karbon dioksida.

4) Hakisan
- Penebangan hutan dan kegiatan perlombongan bijih timah, jalan raya dan sebagainya adalah faktor utama hakisan dan tanah runtuh.
- pembersihan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen luluhawa dan hakisan spt angin, hujan dan air mengalir.
- struktur tanah menjadi longgar dan cerun bukit tidak stabil.
- cth: Tragedi tanah runtuh di Genting Highland (1995).
- penebangan hutan bakau giatkan hakisan pantai.
- cth: Matang (Perak) & Kuala Rompin (Pahang) alami hakisan pantai yg serius.
- penerokaan mineral spt bijih timah turut akibatkan hakisan dan mendapan tanah.
- kaedah perlombongan menggunakan pam hidraulik rosakkan cerun-cerun bukit spt di Batu Gajah dan Kampar di Perak suatu ketika dahulu.



5) Banjir
- air larian membawa tanih, kelodak dan bahan-bahan mendakan spt sisa-sisa lombong dsb ke dalam sungai-sungai jadi cetek.
- hujan lebat dalam jangkamasa lama tidak berupaya menampung jumlah air yang banyak menyebabkan berlakunya banjir, terutamanya banjir kilat di kawasan bandar.

6) Pencemaran
a. Udara
- Perlombongan batu di kuari (granit dan batu kapur) menyebabkan habuk dan debu berterbangan di udara.
- cth: sekitar kawasan Penanti, Bukit Mertajam, Bukit Berapit dan Taiping menyebabkan udara di kawasan berkenaan tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu batu.  
- penebangan dan pembakaran terbuka wujudkan fenomena jerebu. 
- penerokaan petroleum gas asli turut mencemari udara akibat pembakaran gas di pelantar minyak, pembakaran plumbum, serta pembebasan karbon monoksida dan hidrokarbon di loji penapisan.
- peningkatan komponen asbut di ruang atmosfera. 


b. Darat
- Pembuangan pelbagai sisa domestik spt sampah sarap dan sisa kilang mengancam kesihatan penduduk setempat.
- timbulkan bau busuk yg tidak meyenangkan dan meloyakan dan merosakkan pemandangan persekitaran.
c. Air
- air larian membawa tanah terhakis ke dalam sungai dan sistem saliran.
- pemprosesan dan penapisan petroleum dan gas asli serta pembuangan sisa efluen kilang-kilang industri menyebabkan air tercemar.
- pengasingan mineral spt bijih timah menggunakan air mencemarkan sungai.
- akibatnya, ekosistem pinggir laut dan marin terjejas dan boleh mengancam pelbagai hidupan akuatik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan